free counters

Wednesday, May 6, 2009

Abdullah Razak Baginda

Huh?

anyway, kebarangkalian untuk saya menulis dalam blog sangatlah rendah. Jadi saya terpaksa membuat sesuatu untuk mencekalkan diri menulis didalam blog ini. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mendengar bunyi MSN yang berbunyi2 dan YM yang berting-tong2 sambil fokus untuk menaip.

Ok. Sebenarnye saya telah dinasihatkan oleh seseorang yang amatlah saya segan nak cakap dalam blog ini kerana penggunaan english yang cam cina dan perkataan-perkataan kesat sepanjang saya menulis post di bulan April. Oleh kerana itu, saya minta maaf dan harap maaf kepada yang tersinggung dan hanya mampu berkata dengan jujurnya saya tidaklah sesempurna mana seperti nama KAMAL yang bermaksud sempurna. AMPUN!

Jadi, untuk mengisi kebosanan di tengah malam, saya ingin menceritakan kehampaan saya terhadap satu sukan yang digemari ramai. Bolasepak!. Telah saya berchatting dengan Hilmi, rakan saya yang agak rapat yang kami mempunyai idea dan pendapat yang sama bahawa sukan ini sebenarnya merupakan isu yang amat besar dalam kalangan manusia. Jadi perbualan berikut merupakan perkara sebenar yang berlaku setelah Arsenal dibolosi 2 gol oleh pemain Man United.

gambut2 Abu Shamsi: BZ WITH?
kamall azizs: xde ape
kamall azizs: aku cam sian
kamall azizs: kat ko
kamall azizs: mengharap
gambut2 Abu Shamsi: LEKSSS
kamall azizs: tapi xnak ah pangkah
gambut2 Abu Shamsi: LEKSSS
kamall azizs: mmber
gambut2 Abu Shamsi: ok3c
kamall azizs: so buat2 bz
kamall azizs: dah ditakdirkan
gambut2 Abu Shamsi: leksss
kamall azizs: tu ah
kamall azizs: aku nk tuka sport la
kamall azizs: tgk tennis ke
kamall azizs: golf ke
kamall azizs: wrestling
gambut2 Abu Shamsi: tol2x
gambut2 Abu Shamsi: bola cibai
gambut2 Abu Shamsi: ley wat gado
gambut2 Abu Shamsi: hahahah
kamall azizs: bukan ah
kamall azizs: asik2 aku sokong team ni
kamall azizs: kalah je
kamall azizs: aku rasa wrestling the best
gambut2 Abu Shamsi: ll
gambut2 Abu Shamsi: lol
gambut2 Abu Shamsi: behenti semue
kamall azizs: aku suka JBL dow
gambut2 Abu Shamsi: ak elen
gambut2 Abu Shamsi: x berabis
gambut2 Abu Shamsi: ngn JBL

JBL

Haha. Untuk pengetahuan anda saya baru sahaja terminat kepada seni ahli gusti di telivisyen. Ahli gusti yang saya tonton antaranya ialah JBL. Dia merupakan seorang ahli gusti yang kelakar kerana tubuh badannya tidak lengkap dan sasa seperti penggusti lain. Tambahan pula, JBL mengingatkan saya terhadap rakan seperjuangan memanah saya di sekolah ketika muda dahulu. Arief bin Huzir. Beliau kini di Sarawak dan menetap di sana. Beliau mempunyai personaliti yang agak lebat, optimistik dan mempunyai gurauan yang sangat ganas. Di sekolah dahulu kami memanggilnya JBL dan bogell. JBL bermaksud John Breast Layutt dan ianya sangat kena sekali dengan susuk tubuh badan beliau. Saya rasa kini beliau tidak lagi JBL kerana sekarang beliau berada dalam pasukan ragbi sarawak dan saya amat bangga dengannya. Bukan kerana apa, kami merupakan partner memanah yang hebat sehingga terlepas anak panah ke kawasan menyidai pakaian di SSP sewaktu latihan disana. Dan juga arwah coach mula bising, "Wey Lanun! apa ko buat ingat aku tak nampak! Ko pandang apa!, baju dalam perempuan ke target bud! Lari 8 round pastu amek arrow tu". Haha, kata-kata coach itu masih terngiang-ngiang di dalam kepalaku pabila ku teringat kembali memorabilia lama. Kami berdua berlari 8 pusingan trek di SSP dan pada waktu itu sangat indah pabila pelajar2 disana mula beriadah dan kami berdua membuat muka segak dan control. Bak kata fotografer model "OK muka attitude. SNap. 1 lagi muka attitude. snap!. Attitude lagi. Snap!." haha. Rakan ku JBL dan diriku hanya mampu tersengih dan membuat muka gatal dan sangap. Orang kata pasukan memanah paling best. Sebab dapat cuti mata. Haha. Memang tepat sekali tujuanku untuk masuk kelab memanah dan berlatih dengan hebat kerana ingin mencari keindahan alam.Pasukan ex-Memanah SAS ketika jamuan di Chicken Hartz
dari kiri Nik Izany(sub), Mayhem(capt), Kamal,Ah Seng(vice),Bogel(JBLsaya).



Dibawah saya itulah JBL



Ok, sampai situ sahaja cerita dapat saya kongsi. Minggu ini agak busy sebagai seorang kamal jadi sehingga ke post yang baru.

Salam Sejahtera ^-^!

0 remark/s: