free counters

Tuesday, June 2, 2009

Hari ini : siang


Go bloggers!

Harini ku bangun, mata terkebil2. Tapi ibarat enggak percaya, ibuku sedang bermain-main dengan laptop di sebelah ku. Ku pandang tingkap, sinar cahaya matahari terpancar membutai mataku. Anggaran waktu, 10-12 pagi. Aku lebih suka melihat suasana dan matahari untuk menganggar waktu daripada melihat jam dinding. Jam dinding terletak di atas rak baju, tidak digantung, tidak dilihat, hanya untuk membuat habuk. Aku hairan apa ibunda buat di sini, tidak pergi kekerjakah, adakah aku dilamun mimpi pada waktu siang, harini masih hari ahad kah, pelabagai persoalan muncul dalam 5 saat pertama. Kemudian, aku sambung tidur untuk mengelak konversasi bersama ibu yang sering menyuarakan soalan yang tidak boleh ku jawab.

Temperatur airkon ku pada 24 selsius, toshiba memang hebat dalam pengeluaran produk airkon, aku bersa seperti di negara empat musim, didalam bilik sendiri, maaf kepada sesiapa yang membenci gas cfc hasil penggunaan airkon yang menipiskan lapisan ozon, aku hanya tidak boleh menahan nafsu melayan kesejukan. Aku masih melihat ibu disebelah membuka outlook emelnya. Aku masih berada tidak selesa, jikalau ibu menyedari ku telah bangun. Jadi aku membuat keputusan untuk bangun dari tempat tidur dan bergegas keluar untuk ke tingkat bawah.

Kak Ema! Orang pertama yang kullihat dari biji mata kornea. Dia merupakan orang yang tiap2 hari kujumpa ditingkat bawah. Kebiasaannya dia akan menonton tv siaran ZEEtv pada waktu begini. Tetapi, sekarang dia sedang menuju ke tempat menyidai. Mungkin kerana ibu berada dirumah, dia terpaksa berpura-pura bekerja keras. Ngee. Ku bertanyakan mengapa ibu berada dirumah.
Kereta rosak. Abah pergi repair kereta. Ma x dapat nak pergi kerjalaaaa.
Oh, ku teringat insiden malam tadi. Aku hendak megambil adik kecil di tempat tuisyen Cemerlang Peperiksaan. Sungguh nama tempat tuisyen begitu adikku masih belum cemerlang dalam peperiksaan. Ngee~. Tiba-tiba Myvi hitam berspot rim emas ibarat niiggero style gituh muncul didepan rumahku. Aku hairan. Merapati kereta itu sambil melihat stiker V.I.G mcdonald yang menarik pandanganku. Keluar dari kereta itu, sepupuku, Hafiz!. Iya, dia jarang muncul kerana masalah girlfrennya yang tidak disukai keluarga baru-baru ini. Dengan tiba-tiba dia muncul didepan pintu pagar. Lantas, dia menghulurkan duit rm 50 10 keping. Meminta bantuan untuk membeli tiket ke genting.

Sesudah itu, aku menghidupkan enjin kereta, dan aku mendapati sesuatu yang pelik berlaku. Kereta itu bergegar2. Setelah masuk ke gear D, ia lagi bergegar. kemudian ku tolak ke gear R, untuk undur, masih bergegar. Aku cuaks dan menghentikan kenderaan die tepi jalan setelah undur, keluar melihat keadaan tayar.

Tiada apa. Aku ingat aku sudah terlanggar kucing2 jiran yang seringkali berkeliaran di halaman rumah. LOL.Jadi, kumeneruskan perjalanan mengambil adikku sambil kereta bergegar.

Di persimpangan McD, 176 tapak kaki dari rumahku(LOL). Adik ku masih berasa cuak kerana kereta bergegar2 dan aku pun mengambil keputusan untuk membeli snek di McD. Ku memulas kan stereng ke kiri 1 setengah kali dan menuju ke tempat drive-thru. Kereta masih bergegar ketika gear di posisi N. Suara kuterdengar,
Ya, encik selamat datang ke MCD, mahu pesan apa?. Saya mahu Mcflurry oreo 4. Itu shaja. Ha. Okay sila tuju kedepan kaunter, terima kasih.
kereta masih bergegar dan kuberhenti di kaunter. Kakakku itu berasa suspisus melihat keadaan kereta bergegar.
Semua sekali rm 16.40. Okay.
Kereta bergegar dan berbunyi dengan kuat. Kakak kaunter berasa hairan.
Takde pape kak, ini kereta dah lapar, dia suruh mcflurry tu cepat sikit.
Aku dengan spontan. Ku melihat kakak itu tidak dapat menahan ketawanya lalu membuka earfonnya dan berlari ke dapur. LOL Jadi melihat keadaan kakak itu yang tidak kembali lagi ke tempat kaunter, aku menukar gear ke D dan bergerak ke tempat mengambil mcflurry, yummy. Terima kasih datang lagi ucap kakak baru yang menghulurkan mcflurry. Kututup tingkap dan berkata kompem la datang lagi. ~ngeee.

Setibanya dirumah ku memberitahu ayahku apa yang berlaku. Dia kata biasa lah. Aku cakap tak, ini luar biasa. Dia salahkan ku kerana tidak menekan brek dengan sempurna. Aku dipersalahkan. Aku malas untuk bermain permainan ini. Aku keatas dan menonton ongbak2 sambil berchatting. Terima kasih kepada zack yang memberi link ke video umno politik babi yang kutonton sungguh lawak sekali.

Siang : Ayahku masih belum pulang dari pusat bengkel kereta. Aku masih didepan pc membaca news tentang General Motors bankrap dan melihat jurulatih baru Real Madrid Mauel Luis Pellegrini di google search images. Oh, untuk pengetahuan semua aku merupakan peminat setia Madrid Football Club sejak tahun 1997.


Zinedine Zidane"zizou". Menyertai real pada 2000.

Okay, saya sedang melayan lagu Queen- Bohemian Rhapsody. Sungguh menarik sekali lagu ini. namun ku teringat kepada video clip moy moy palaboy lagu ini.







Sekian, salam muhibah. Adios Amigos el muchas. Gracie~

8 remark/s:

Anonymous Guy said...

suspisus??? ROTFLoL

Kamal Lazi said...

siapa ni.....roftlol

r u reali laffin like that....lame o

Anonymous Guy said...

lol

Kamal Lazi said...

oh ur lol

so hi lol

hows ur life...full of lol?

;p

Anonymous Guy said...

lollllllz

Anonymous said...

oh,haha.
benarkah keretamu bergegar karena lapar.?
haha, sungguh aneh lagi .
videomu ini juga agak sengal,
LOLZZZZZZ

awe said...

ko mmg dr dulu suke wat lwak muke kering r

Anonymous said...

wot hepen to my car??