free counters

Tuesday, April 20, 2010

Like a virgin, youre madonna


and im always gonna wanna blow your mind :-^

...................................................................................................

Ana hendak buka satu cerita. Bukan sebarang cerita yang biasa enta dengar. Cerita yang boleh bikin saspens. Ya, saspens itu bikin anxiety yang melimpah ruah. Oh, enta tidak tahu macam mana perasaan dia? Enta turuti cerita ini untuk menyelami perasaan tersebut.

Ada satu malam, ianya bukan malam yang direka, tapi malam ini pernah berlaku di antara malam-malam yang ana hadapi. Malam, bulan, bintang, angkasa, dan angin. Malam yang biasa orang tafsirkan, malam yang hampir sempurna. Mungkin tidak cukup sempurna kerana ketiadaan bulan penuh yang romantis. Itulah malam yang ana hadapi.

Waktu, anggaran 12-2 pagi. Tempat, koridor raya Farabi. Ana membuka meja alas seterika untuk membuat sedikit ulangkaji. Pada esoknya ana bakal menghadapi ujian Biology. Mesti enta tertanya2 mengapa ana tidak membuka buku di dalam bilik sahaja?

Jadi, apa yang ana boleh ceritakan, malam itu bukan sahaja tenang dan indah, tapi ia merupakan malam yang sengit. Malam-malam berbeza bagi setiap manusia. Tapi, sengit itu dirasai oleh penduduk Farabi tingkat 1. Malam yang boleh membikin sejarah. Ibarat perang. Dimana jika hendak ana petik kata-kata dari buku art of war pada malam itu, mungkin ada yang akan menjadi kurang siuman kerana dahagakan darah dan pembunuhan.

Tony sedang berpeluh memberikan tumpuan mengalahkan semasa dia menjawab peperiksaan. Addha, tenang, ibarat malam yang sedang ana hadapi. Keempat-empat bola biji mata fokus kepada skrin laptop masing-masing. Orang kata, ketegangan di udara, setiap orang boleh membaunya. Bau tegang. Hm..

Jari-jemari kemas mengerakkan tetikus. Klik-klik, Klik-klik, swoop, swoop. Rancak pergerakan itu. Ibarat seorang pendekar yang menghayunkan pedang yang sudah sebati dengan pergerakan tarian maut. Tarian pendekar. Pendekar alam maya. Sedikit kesilapan membawa padah. Padah yang bermadah. Sedikit hirisan membawa kematian. Dengan hanya kuasa di hujung jari telunjuk. Kedua-dua mereka boleh menggegar dunia.

Lawan mereka bukanlah calang-calang orang. Memang bukan yang enta boleh jumpa di pasar borong dan bukanlah juga enta boleh jumpa di kaca televisi. Mereka memang profesional. Jika enta mahu saya bandingkan juga dengan watak pelakon barat, mereka ibarat Arnold Schwarzenegger dan David Hasselhoff. Hebat, sasa, mantap, bergaya, macho, elegan, kacak dan binasa.

Pertarungan masih berlanjutan. 2 lawan 2. Heroes bertemu heroes. IB dan ALVL. Masing-masih mahu mempertahankan maruah dan nama baik setiap puak masing-masing. Penonton tidak henti-henti memberi sokongan yang padu, dari segi moral, sorakan, tips, dan sb. Itulah perlawanan yang menjadi kegilaan remaja-remaja. DOTAH wal Karimi.

Ana masih di luar. Menyokong dan tidak menyokong sama saja bagi ana. Kebisingan didalam bilik tidak dapat dikawal lagi membuat ana terpaksa berundur ke koridor. Tapi apa yang pasti kehangatan di dalam bilik semakin sensasi apabila rakan-rakan sebilik ana membunuh pihak lawan dengan kejam dan tidak berhati perut. Riuh rendah suasana dan sorakan yang bergemerlapan.

Ana turut gembira dengan kejayaan mereka. Tapi ada sesuatu yang ana rasa kurang enak. Di luar, serangan nyamuk yang bertalu-talu ibarat askar kerdil menggigit-gigit badan ana. Gatal-gatal seluruh badan. Ana sedang mengulang-kaji datang pula cabaran sedimikian buat ana rasa hendak mengamuk. Baru sahaja ana hendak menjerit ke arah Dragonfruit Farm, ana ternampak sesuatu.

Sebelum ana meceritakan dengan lebih lanjut, satu nasihat sahaja supaya ana tidak menghebahkan cerita ini kepada orang lain kerana ana tidak mahu unsur-unsur negatif dan prasangka tidak baik timbul kerana cerita ini. Pepatah ada mengatakan, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Kelibat. Satu kelibat. Bukan. Bukan satu, tapi dua sebenarnya. Mata ana rabun jauh. Ketidak pastian membuat ana cuba untuk melihat dengan lebih jelas apa yang sedang ana perhatikan. Mata ana dikecikkan untuk cuba dimagnifiedkan x500 seperti melihat cell di makmal bilogy. LOL my brother bilo. Muka ana tidak ubah seperti apek cina menjual ginseng di kedai senseng.

Berkain putih, tinggi sama seperti manusia. Lembaga. Lembaga yang tidak berambut. Jarak antara ana dan lembaga itu tidak kurang dari 100 meter dari aras tingkat 1 Farabi. Perwatakan seperti apa yang ana hendak ceritakan bukan seperti watak2 di Keliwon yang bagi ana terlalu menakutkan. Tapi apa yang ana lihat, lembaga ini tidaklah seseram yang digambarkan oleh media-media.

Ana tersentak selepas berfikir panjang. Apakah makhluk yang sedang ana lihat pada ketika itu. Kelibat itu berdiri di salah satu pokok yang tegak berdiri kemas gah di persada Ladang Dragonfruit itu. Niat ana pada mulanya yang hendak menjerit tiba-tiba terbatal sama sekali. Lidah ana terkelu seketika. perasaan yang sama seperti menaiki space shot di Genting apabila badan kita dihempas kebawah. Tidak terdaya untuk menjerit. Hanya mampu mengeluarkan bunyi. hiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhh, di dalam perut.

Ana, merasa seram sejuk. Tapi, ana masih melihat lembaga itu. Ia membelakangi ana. Kemudian ia bergerak dalam satu pattern seperti Brownian Movement. Pada mulanya ana mendapati ia agak lucu kerana ana terfikir kenapa menatang itu bersimpang siur bersembunyi disebalik pokok-pokok naga disitu. Mata ana masih mengekori lembaga tersebat. Kemudian,....

Poof, dengan sepantas guruh di langit, kelibat itu hilang. Ana tidak sempat untuk mengelipkan mata ana. Kelibat itu lesap dalam pemandangan. Hairan, terpinga-terpinga, tercangak-cangak ana dibuatnya. Menjerit bukan satu pilihan yang wajar dan bernas dan macho. Ana maintain cool je. Ana cuba hendak menceritakan kepada ahli bilik ana yang sedang menyambut kemenangan, tetapi mereka terlalu busy untuk itu. Ana pun mencapai botol air dan menghabiskan air di dalam botol itu.

Sehingga kini, ana masih meningati peristiwa pelik itu. Apakah yang ana lihat itu hanyalah imaginasi dan fantasi? Mungkin enta boleh memberitahu kepada ana, adakah apa yang ana lihat itu benar atau tidak. Ana tidak suka membuat andaian-andaian bodoh seperti menggangap apa yang ana lihat itu ialah jembalang atau antu.

Tapi, ana boleh melupakan dengan tenang.

.............................................................................................................


I want something really bad right now. Plushie. Macam gedikla pulak. But i want it.

Have you seen any plushies like this kind?


Smartkan. WOOOOOOOOOOOOOO. This is called a puffin. Penguin + bird. Puffin. :)

Adios mi amor :)


2 remark/s:

atiqaaskan said...

bogam mungkin?
make sense jugak lah bila xda rmbut?
ahahahah

Kamal Lazi said...

haha. ieka. ayoooo. taktau. bogam dah baceeee.

haaaaa.

dia merajuk.