PPSMI
apa itu PPSMI?
entah....adelah....urmsss....biarlah......
Pembelajaan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Saya masih ingat beberapa bulan yang lepas. PPSMI sana. PPSMI sini PPSMI situ. BAGUS ke tak. Benefit ke x. Jika dulu isu ini sering diperkatakan oleh semua pihak tidak mengira peringkat umur dan bangsa, apa sudah jadi sekarang? Saya kian pelik dan hairan pabila isu ini hilang ibarat ditiup angin kencang sehingga tiada sisa-sisa. Mungkin kerana tiada publisiti? Mungkin isu ini telah sengaja ditutup oleh pihak-pihak tertentu? Mungkin isu ini telah "dialih topik" ke isu lain yang lebih semasa. Dari sudut pemerhatian saya, saya boleh merangka pelbagai konspirasi mengenai hal ini kerana pihak-pihak yang tertentu masih melengah-lengahkan masa, berdolak-dalih, merugikan bangsa dan negara.
PANDANGAN sudut Kamal Lazi,
OK, apa yang saya ingin menaip di sini harap pembaca dapat menjadi seorang profesional kerana mungkin ada yang tersinggung dan ada yang mwnyokong secara radikal. Ini terpulang kepada hak individu kerana hak saya ialah menaip perasaan dan isi minda dan hati saya dalam blog saya.

Setelah berfikir sedalam-dalamnya, saya dengan ini sekeras-kerasnya menentang PPSMI atas ulasan-ulasan berikut dan pandangan beberapa pihak setelah dinilai oleh diri saya sendiri.
Saya merupakan antara bahan eksperimentasi kerajaan dimana saya dan beberapa batch yang telah mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Pada mulanya saya berasa bangga kerana dapat memperbaiki penggunaan bahasa inggeris dalam istilah sains dan matematik secara mendalam. Tambahan pula, saya amat bangga kerana adanya rakan-rakan yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris mendapati mereka mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana persekitaran yang memaksa mereka bertutur dalam bahasa tersebut. Jika ditanya oleh wartawan-wartawan tentang pendapat pelajar sekolah mengenai isu ini, mereka semestinya setuju dan menyokong PPSMI kerana mereka mendapati belajar dalam bahasa inggeris lebih mudah. Dan ada lagi satu sebabnya, secara jujurnya saya cakap, mereka dapat membangga diri berlagak seperti orang putih seperti mengikut trend mereka dan bertutur dalam bahasa mereka dengan ini mereka dapat mengemaskini gaya-gaya barat dan sebagainya.
Saya tidak sedar yang saya hanyalah antara orang-orang yang dijadikan "tikus makmal" oleh pihak kerajaan sebagai bahan ujikaji keberkesanan PPSMI. Sama seperti orang lain tidak sedar. Hal ini kerana sepanjang saya mempelajari PPSMI, saya hanya ingat bahawa PPSMI ni memberi kelebihan kepada saya kerana boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan lebih mantap, dapat mempelajari perkataan-perkataan sains dengan lebih tepat dan mudah. Pada hakikatnya, saya tidak sedar bahawa saya telah menghakis peluang saya untuk memperkayakan bahasa ibunda sendiri. Yelah, bayangkan, sampai dalam kelas bm pon peribahasa pon tercangak-cangak nak paham. Bile cikgu bM ehem ehem(lol) dah bersuara
"Itulah kamu, belajar dalam bahasa Inggeris sahaja, cikgu dah nak putus harapan dah nak ajar bahasa melayu ni, buat kerja tanak, homework panitia BM sikit sahaja, subjek lain semua banyak. Agaknya semua tak nak A1 dalam BM kot."
Jadi, saya pun terfikir, mentaliti pelajar-pelajar sekarang sudah diubah kerana PPSMI. Mereka memandang enteng Bahasa Ibunda yang menjadi menjadi identiti bangsa kita. Semua orang tahu Bahasa Melayu pernah dijadikan bahasa lingua franca. Hebat tuh.! Jadi sekarang apa yang kita dapat lihat ialah pemuda iaitu pemimpin masa hadapan tidak lagi mempunyai identiti bangsa dengan mengatakan bahawa sungguh bagus PPSMI.
Mungkin masih ada yang masih terpinga-pinga mengenai identiti bangsa yang saya katakan sebelum ini. Kita dapat lihat banyak negara-negara hebat, maju, cemerlang, terbilang semuanya mempunyai identiti masing-masing. Malaysia juga sebagai negara maju seringkali mengambil negara-negara cemerlang ini sebagai contoh dan pedoman untuk membangun sehingga maju seperti mereka. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Jadi, jika itu cara kita untuk terus maju, saya mengambil contoh negara German, Perancis, Jepun dan Israel. Mereka mempunyai budaya tersendiri dengan sejarah negara tersendiri. Yang paling penting mereka juga mempunyai bahasa pengantaraan mereka sendiri. Negara-negara berikut secara praktikalnya menggunakan bahasa mereka dalam kehidupan seharian. Saya melihat rancangan dengan kadar yang rawak telivisi di Astro siaran "travel and living" dari negara-negara tersebut, seringkali melihat papan-papan tanda mengekalkan bahasa identiti mereka sendiri.
Tambahan pula, jika kita lihat ahli sains dan matematik sudah tidak dapat dibilang oleh jari saya. Sudah tentu, ahli Sains dan Matematik asalnya dari Malaysia belum ada seorang pon yang berjaya mendapati Hadiah Nobel, tetapi ini bukan kerana bahasa. Sebab saya telah menteliti dan mengikut perkembangan orang lain yang mengatakan pemenang Hadiah Nobel dimenangi oleh orang yang mempelajari ilmu-ilmu dalam bahasa mereka sendiri. Ilmu yang mereka pelajari dari sekolah rendah menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Jadi, kita tidak boleh membuat andaian jika kita menggunakan bahasa asing sebagai medium pembelajaran dapat kita terbit seorang pemenang nobel. Ini bukanlah kayu ukurnya!.
Kemudian, saya terbaca blog seorang anti-ppsmi yang sungguh radikal, dengan hujah yang kuat dari sudut undang-undang. Katanya, kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah diperuntukkan dibawah Perkara 152 perlembagaan persekutuan. Di bawah Perkara ini juga terdapat fasal 1(a) dan (b) dimana membenarkan pengajaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi. Jadi, selama ini, kita dapat lihat sesetengah pihak telah mewujudkan dasar dan undang-undang tertentu yang berlawanan dengan peruntukan dan amalan perlembagaan. Dengan ini dapat mewujudkan persoalan yang sangat serius mengenai kesahihan perlembagaan kita. PPSMI diguna pakai secara rasmi. Betentangan dengan perlembagaan. Ini seharusnya tugas hakim negara yang telah dilantik untuk mempertahankan perlembagaan negara dengan adilnya.
Jadi memang benar, saya tidak dapat menyangkal bahawa peluang untuk rakyat Malaysia untuk mempelajari bahasa asing amatlah terhad.Tapi dengan mengendahkan bahasa Melayu dan memartabatkan PPSMI bukanlah caranya. Dari pandangan saya sendiri, pelajar-pelajar dari sekolah bandar mempunyai keupayaan untuk memahami ilmu-ilmu tersebut. Tetapi saya mengatakan pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar. Kita selalu berfikir siapakah orang Malaysia: jawapan : kaum melayu, cina dan india. Kita terlupa, satu kaum, warga bumiputera juga, orang asli namanya. Saya merupakan seorang volunteer Petrosains dan kami diterapkan untuk mereka keindahan "creating wonder" didalam semua orang untuk mereka menanam minat terhadap bidang sains dan teknologi. Sewaktu orientasi volunteer, saya mendengar cerita dari Abang Mozek dan siapa-siapa staff petrosains mengenai program oureach dimana tugas mereka adalah untuk mengenalkan kepada orang-orang asli mengenai teknologi dan sains. Secara jujurnya saya cakap, orang asli ini mempunyai tahap akademik yang sungguh rendah. Kehidupan mereka berasaskan tradisi nenek moyang. Jika hendak ke sekolah itu, kalau dapat muncul di sekolah kira guru-guru pon bersyukur. Itupon kalau muncul pagi-pagi sampai rehat sekolah kembali lenggang. Jadi, cuba kita bayangkan, bagaimana kita boleh harapkan PPSMI ini dapat memberi peluang, membuka pintu kepada semua rakyat Malaysia untuk memahami bahasa Inggeris dengan lebih mendalam jika kita tahu betapa susahnya buat oang asli untuk mempelajari sesuatu yang asing bagi diri mereka tambahan pula mereka seorang yang sensitif, pemalu dan segan.
Jadi saya membuat analisa dari aspek lain dimana, kebanyakan orang yang menyokong terdiri daripada golongan ibu bapa berbangsa cina dan india dan mereka amatlah menyokong tindakan Muhyidin dimana PPSMI ini ditangguh untuk uji kaji selama 25 tahun. Alasan mereka senang, supaya anak-anak mereka yang tidak mendalami bahasa melayu, dan memikirnya sebagai kelebihan buat anak-anak mereka supaya cemerlang dalam peperiksaan. Habisnya 25 tahun akan datang mereka sudah berasa lega kerana anak-anak mereka yang hanya berbahasa inggeris di rumah sudah berjaya dan bekerjaya besar dan mereka dapat bersenang-lenang.Tetapi, mereka tidak fikir bagaimana dengan cucu-cucu mereka? generasi-generasi berikutnya. Apa pula yang berlaku kepada sarjana-sarjana yang telah graduasi di universiti-universiti pada waktu ini. Mereka mempelajari sains dan matematik dalam bahasa melayu. Tidak ada peluang lagi untuk mereka? bekerja? Apa pula kita dapat katakan kepada SAKTI badan yang bersusah payah menukar perkataan sains kepada bahasa Melayu? dari sejak tahun 70 an lagi. Sia-siakah kerja mereka?
Senang kata, jika kita ingin mendalami ilmu orang lain janganlah dilupakan ilmu bahasa kita. Dimana ada usaha disitu ada jalannya.
Sudah puas saya membebel. Saya harap dengan adanya cebisan yang saya tulis ini dapat membantu diri saya dan rakan-rakan jelas mengenai seriusnya isu PPSMI ini dan bukanlah sekadar untuk menjadi modal kebanyakan orang supaya mereka dapat berkata lebat tetapi tidak membantu dalam apa pun. Mereka hanya mampu berkata-kata.
Sekian, terima kasih.
Dan dengan ini saya mengaku saya ialah seorang yang naif, bodoh dan sengal.

5 remark/s:
1. Hidup Yuri Zhirkov!!! ( 1538 )
2. Jgn pjg sg weh
3. =)
5. =)
6. I skipped 4
7. Your looking if i skipped 4, and now you are smiling
8.You are reading this
10. I just skipped 9
11. You are checking if i skipped 9
12. You are smiling
dude..
two thumbs up for you!!
nice article...and i agreed with all of it.. =)
walaupun saya bukan tikus makmal kerajaan dalam isu PPSMI ini, saya bersetuju dengan pendapat rakan saya ini. sebagai seorang guru,(chewahh~)apa yang saya perhatikan, murid-murid saya tidak dapat mengikuti pembelajaran matematik di dalam bahasa inggeris,sehingga saya terpaksa menjadikan pengajaran saya sebagai dwibahasa.
SETUJU, SOKONG SEHABIS2NYA~!!!
kesian org melayu terutama yg msyrkt luar bndr + kg....susah nk phm bhs inggeris..
sebarkn~!!biar sume sedar~!!!
bgga sgt ngn BI......(b0dow...)
(menggunakn BM utk memartabatkn BHS IBUNDA kite,,walaupun ade rojak2 skit + bhs sms..=p)
bahasa melambangkan bangsa~~
filem P.Ramlee bertajuk Seniman Bujang Lapuk juga ada menggunakan petilan ayat di atas.
Post a Comment